Baiklah, setelah sekian lama. Entri kali ini saya mahu kongsikan tentang makhraj huruf. Ini sangat penting kerana ia melibatkan sebutan huruf. Jika kita tidak tahu makhraj huruf, maka amatlah sukar untuk kita membezakan huruf-huruf yang hampir nak sama sebutannya.
Pengenalan.
Makhraj bermaksud cara sebutan, tempat keluar huruf yakni cara sebutan huruf. Makhraj adalah kata jama' yang berasal daripada mufrad yang bermaksud keluar. Ulama' tajwid bersepakat bahawa mereka telah menetapkan 29 huruf di dalam Al-Quran iaitu huruf-huruf Hijahiyyah.
Satu huruf lagi ialah hamzah. Sebutan atau makhraj huruf ini perlu ditasmid. Tidak boleh hanya bergantung kepada ejaan yang tertera di atas. |
Setiap huruf mempunyai makhrajnya yang tersendiri. Jika makhraj di antara dua atau tiga huruf itu sama, tidaklah para Ulama' tajwid menetapkan dua atau tiga huruf dalam komponen Hijahiyyah, lebih baik letak satu sahaja. Disebabkan berbeza makhrajlah, huruf-huruf tersebut ada.
Jenis-jenis makhraj.
Makhraj terbahagi kepada lima iaitu :
- Al-Jauf
- Al-Halq
- Al-Lisan
- Asy-Syafatain
- Al-Khaysyum
Setiap makhraj di atas mempunyai sub-makhrajnya yang akan diterangkan sebentar lagi. Nama-nama makhrajnya tidak perlu ingat pun tidak mengapa yang penting kita tahu bagaimana mahu menyebut sesuatu huruf tersebut dengan betul dan mengikut makhraj. Tetapi jika ingat nama-nama makhraj ini lebih baik. InsyaAllah.
Al-Jauf.
Makhraj ini terletak pada rongga kerongkong hingga rongga mulut. Makhraj yang keluar daripada bahagian ini ialah 'Alif', 'Wau', 'Ya' yang berbaris sukun(mati).
Al-Halq.
Halq yang bermaksud halqum. Jadi makhrajnya terlateka di sekitar halqum kita. Huruf pada makhraj ini sama dengan huruf pada hukum Izhar Halqi iaitu mempunyai 6 huruf kesemuanya iaitu 'Ha', 'Kho', 'Ain', 'Ghain', 'Ha'', dan 'Hamzah'. Makhraj Al-Halq terbahagi kepada tiga makhraj pula iaitu pangkal halqum, tengah halqum, dan hujung halqum.
Pangkal halqum.
Lagi satu huruf ialah 'Hamzah'.
Tengah Halqum
Hujung Halqum
Al-Lisan.
Lisan bermaksud lidah. Sebutannya yang melibatkan lidah kesemuanya. Setiap huruf mempunyai keududukan lidah dan pergerakan lidah yang berbeza. Al-Lisan mengandungi 10 makhraj. Huruf-hurufnya mengandungi 18 huruf.
Mengeraskan daun lidah ke lelangit
Hujung daun lidah
cara menyebutnya ialah dengan mengangkat hujung daun lidah ke hadapan lelangit dan sebahagian tepi lidah dibawa ke tepi yakni kanan atau kiri. Seriously its hard. But practice make better. InsyaAllah.
Hujung lidah
Hujung lidah diangkat ke lelangit yang keras. |
As-Syafatain
Makhraj ini melibatkan bibir. Makhraj hurufnya disebut dengan bibir tanpa melibatkan lidah. Huruf yang kena pada makhraj ini ialah 'Ba', 'Fa', 'Mim' dan 'Wau'
Bibir bawah di angkat dan menyentuh ke hujung gigi atas. |
Dua huruf dibawah di sebut dengan merapatkan bibir atas dan bawah.
Memuncungkan bibir
Disebut dengan memuncungkan bibir. |
Al-Khaisyum
Makhraj ini digunakan khas untuk dengung. Hanya mempunyai satu jenis sub-makhraj sahaja iaitu dengung yang terdapat pada hukum nun mati, mim mati, tanwin, dan wajibul ghunnah.
Peringatan saya. Pembelajaran hukum tajwid ini tidak boleh dilihat pada teori sahaja. Ia memerlukan praktikal untuk menguasainya. Bertasmid dan bertalaqqilah dengan mana-mana ustaz yang diiktiraf. InsyaAllah.
Ini sahajalah untuk entri kali ini. Next time we will learn something new. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment