sElAmAT daTanG kE BloG dEn

Saturday, December 8, 2012

Sejarah Ilmu Tajwid al-Quran (Part 1)



PENGENALAN

Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh juga dikatakan sebagai tunggak kepada rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al-Quran iaitu ilmu Rasm, ilmu Dabt dan ilmu Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu tersebut ditulis dan ditandakan mengikut tajwid atau teknik bacaan al-Quran.

Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan dan mencantikkan sesuatu. Dari segi istilah pula terdapat pelbagai pendapat para ulama mengenai pengertiannya. Antara pendapat-pendapat tersebut ialah (Abdul Rahman bin Abdul Ghani, 2006):
a) Mendatangkan setiap huruf akan haknya (sifat-sifat yang asli) dan mustahaknya (sifat-sifat yang mendatang).
b) Kaedah-kaedah yang telah dibuat oleh para ulama dan telah disusun oleh imam-imam qurra’, dari segi makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifatnya, keterangan mengenai Mithlain dan Mutaqaribain serta Mutajanisain, hukum-hukum Nun mati dan tanwin, hukum-hukum mim mati, mad dan bahagian-bahagian serta hukum-hukumnya, bahagian-bahagian waqaf dan ibtida’, keterangan mengenai kalimah-kalimah yang bercantum dan bercerai, keterangan mengenai huruf Ta’ Marbutah dan Ta’ Maftuhah dan lain-lain lagi.
c) Sesuatu ilmu untuk mengetahui cara-cara membaca kalimah-kalimah al-Quran serta menyebut dengan sebaik-baiknya berpandukan cara bacaan dan sebutan Rasulullah s.a.w.

Menurut Surur Shihabuddin An-Nadawi (2004), tajwid bermaksud sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan perkataan-perkataan al-Quran dengan betul. Manakala Abdul Qadir Leong (1993), mentakrifkan ilmu tajwid iaitu melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memberi hak sifat-sifat yang asli dan sifat-sifat yang mendatang padanya.

As-Sheikh al-Islam Zakaria Ansari pernah membentangkan pengertian tajwid itu dengan sesuatu urutan kata-kata :
هو عدم الاخلال بالمعنى والاعراب
Maksudnya : bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya.

Apa yang difahamkan daripada kata-kata di atas, tajwid adalah berhubung erat dengan sebutan huruf (yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul), kadar panjang pendek bacaan (mad), dengung, qalqalah, isymam, dan sebagainya iaitu sebagaimana yangterdapat dalam kitab-kitab tajwid. Sifat-sifat bacaan ini adalah menolong dalam penyampaian kepada makna ayat-ayat yang diucapkan atau dibaca (Abdullah Qari bin Haji Soleh, 1994).

Dalam takrifan yang lain pula, tajwid didefinisikan sebagai memberi setiap huruf itu hak dan mustahak daripada sifat-sifat, makhraj dan sebagainya seperti menyempurnakan dengung, memperjelaskan hamzah, memanjangkan mad, meringankan bacaan huruf yang ringan dan lain-lain.

Ibn al-Jazari memberi takrifan kepada ilmu tajwid dengan katanya:

وهو اعطاء الحروف حقها من صفة لها ومستحقها
“Tajwid ialah memberi kepada huruf haknya iaitu sifatnya dan mustahaknya (penyebutnya yang sama dengan sifatnya)

Ada yang mentakrifkan tajwid sebagai ilmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti diamalkan semasa membaca al-Quran dengan menepati
apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w.

bersambung.........

No comments:

Post a Comment