sElAmAT daTanG kE BloG dEn

Monday, December 10, 2012

PENGENALAN : 10 ASAS ILMU TAJWID


  1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu. 
    Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.
  2. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
  3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran.
  4. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia  berkaitan dengan kitab Allah Al-Quran.
  5. Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.
  6. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Insya-Allah.
  7. Dalilnya
     Kitab Al-Quran 
    وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

    Ertinya: Bacalah al-Quran dengan tartil.


    Hadis Nabi ( S.A.W ). Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-

    "ان الله تعالي يحب أن يقرأ القرءان غضا كما أنزل"

    Maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca al-Quran dengan tepat sebagaimana ia diturunkan"
  8. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid
  9. Masalah yang diperbincangkan : Mengenai kaedah² dan cara² bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan.
  10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat² suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )

No comments:

Post a Comment