sElAmAT daTanG kE BloG dEn

Saturday, December 8, 2012

Sejarah Ilmu Tajwid al-Quran (Part 2)






SUMBER ILMU TAJWID
Ilmu Tajwid adalah bersumberkan daripada para ulama al-Quran. Para ulama tersebut telah mempelajarinya daripada imam-imam qiraat seperti Imam Hafs, Imam Asim, Imam Asy-Syatibi, Imam Al-Jazari dan ramai lagi. Imam-imam tersebut telah mempelajarinya daripada para tabi’in seperti Abu Abdul Rahman as-Salma, Abdullah bin Habib dan lain-lain.. Para tabi’n pula mempelajarinya daripada para sahabat Rasulullahs.a.w. seperti Abdullah ibn As’ud, Muaz bin Jabbal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan ramai lagi. Manakala para sahabat pula mengambil bacaan terus daripada Rasulullah s.a.w. sendiri secara Talaqqi Musyafahah.

Demikianlah kaedah al-Quran itu dipelajari dan diperolehi iaitu menurut kaedah Talaqqi dan Muasyafah daripada guru-guru yang diyakini dan mempunyai sanad yang mutawatir sehingga Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat ulama, al-Quran yang dipelajari tanpa menggunakan kaedah tersebut adalah dianggap tidak betul kerana ia terdedah kepada kesalahan dan kesilapan, lebih-lebih lagi terdapat banyak kalimah al-Quran yang mesti dipelajari dengan cara melihat dan mendengar daripada mulut seorang guru. Contohnya seperti bacaan Raum, Isymam, Tashil, Ikhfa’, Idgham dan sebagainya. Sehingga ada kata-kata yang lahir seperti:
من يأخذ العلم عن شيخ مشافهة 
يكن عن الزيغ والتصحيف في حرم 
ومن يكن اخذا العلم من صحف 
فعلمه عند أهل العلم كالعدم 
Maksudnya:
Siapa bertajwid dan berguru,
Tidaklah menyimpang dan membuta buku,
Siapa bertajwid tanpa guru
Dipandang tajwidnya untuk si bisu.

bersambung lagi.....:)

No comments:

Post a Comment